![]() |
PULAU PANGKOR |
![]() |
|
Pulau Pangkor Purnama Beach Resort Kemudahan Penginapan Kemudahan Lain Pakej Murah Aktiviti-Aktiviti Penempahan Hubungi Kami |
Purnama Beach Resort terletak di Pantai Teluk Nipah, kira-kira 10 minit perjalanan menaiki pengangkutan awam (van teksi) dari Jeti Pulau Pangkor dan telah beroperasi sejak dari tahun 2000. Teluk Nipah merupakan lokasi yang strategik, yang mampu menghidupkan suasana meriah kepada para pengunjung yang menginap di Purnama Beach Resort. Purnama Beach Resort menyediakan pelbagai jenis penginapan yang selesa dan pelbagai kemudahan di dalamnya seperti siaran Astro, bilik berhawa dingin, kemudahan pancuran air panas dan lain-lain lagi. Kemudahan penginapan di Purnama Beach Resort boleh menampung hampir 200 orang pada satu-satu masa. Selain itu, Restoren PBR beroperasi dengan menyediakan dari pelbagai sajian terutamanya masakan ala kampong,Masakan barat, masakan cina dan india yang sedap dan menyelerakan untuk para pengunjung. Sambil menyelami keindahan dan kecantikan Pulau ini, untuk menarik perhatian pelancong, Purnama Beach Resort melalui Purnama Water Sport menyediakan aktiviti riadah di laut seperti snorkeling, kayak, jet ski, banana boat dan lain lain bagi memeriahkan lagi percutian anda seisi keluarga atau bersama teman-teman. Bagi aktiviti-aktiviti riadah berkumpulan seperti hari keluarga dan sukaneka aktiviti sukan pantai, aktiviti lasak laut, darat dan gunung, aktiviti menguji minda dan semangat berpasukan secara penuh bersantai. kemudahan - kemudahan lain juga disediakan di Purnama Beach Resort seperti dewan serbaguna yang boleh memuatkan lebih 200 orang serta dengan kemudahan internet (wifi), ruangan pentas terutup dan terbuka, kedai cenderahati, surau yang dapat memberi kepuasan dihati para pengunjung dan meninggalkan kesan manis ketika berada di Pulau Pangkor khususnya di Purnama Beach Resort.
|
|