![]() |
PULAU PANGKOR RESORT |
![]() ![]() |
![]() |
|
Pangkor Resort Purnama Beach Resort Kemudahan Penginapan Kemudahan Lain Pakej Murah Aktiviti-Aktiviti Penempahan Hubungi Kami |
Diantara destinasi percutian utama di Malaysia ialah Pulau Pangkor. Resort, chalet dan hotel ada di merata tempat di sini, setimpal dengan populariti pulau ini sebagai tempat percutian. Pulau Pangkor terletak di negeri Perak, di perairan Selat Melaka. Terdapat 4 buah pantai yang terkenal iaitu Pantai Pasir Bogak, Teluk Segadas, Pantai Teluk Ketapang dan Pantai Putri Dewi. Pantai-pantai ini menjadi tempat persingahaan penyu untuk bertelur. Pasirnya halus dan bersih bersinar bagaikan permata apabila dipanahi cahaya bulan dimalam hari. Terdapat pelbagai kemudahan penginapan di pulau ini, termasuk Purnama Beach Resort, yang menyediakan penginapan yang selesa, supaya pengunjung dapat berehat dalam suasana tenang dan damai. Penginapan yang selesa dan selamat sudah semestinya akan menceriakan percutian anda sekeluarga. Selain itu terdapat pelbagai tempat-tempat menarik yang boleh dilawati untuk memeriahkan percutian anda disini seperti Kota Belanda dan Batu Bersurat di Teluk Gedung, Taman Fu Lin Kong, Kilang Proses Satay Ikan dan Hasil Makanan Laut dan lain-lain tempat menarik. Tambahan lagi, pengunjung boleh menikmati keindahan pulau dengan mengelilinginya dan melihat dasar pantai. Aktiviti snorkeling, Island hopping, jet ski dan lain-lain aktiviti outdoor pastinya menyeronokan. Hubungi kami untuk percutian anda!
|
Klik gambar untuk Peta Besar Pangkor Resort - Purnama Beach Resort |
|